Peti lampu
Peti lampu

Peti lampu

Peti lampu adalah peti pos terkecil yang digunakan oleh Royal Mail di UK, dan rakan sejawatnya di Negara-negara Komanwel dan juga oleh An Post di Ireland. Nama mereka berasal dari fakta bahawa mereka direka bentuk untuk dipasang ke tiang lampu, walaupun mereka boleh juga ditemukan di dinding atau dilekap pada tiang.Peti lampu diperkenalkan secara ujian pada September 1896, digunakan pada sesetengah tempat di London sebagai cara murah untuk membekalkan rangkaian peti tiang. Pada Julai 1897 peti-prti ini telah membuktikan kejayaan dan sejak itu kegunaan mereka tersebar di kawasan perkampungan di mana kos lebih besar untuk peti dinding Ludlow tidak dapat dijustifikasi.